j0m klik2

Tuesday 7 June 2011

- Tetamu senja di belantara : rintihanku ... -



Jauh Perjalanan
Telahku Jelajahi
Membawa Seribu Impian
Berbekal Pengalaman
Mampukah Aku Melangkah
Menuju Satu Daerah
Masihkah Ada
Sinar Yang Menanti

Masa Dijanji Pasti Tiba
Ku Kan Dijemput Ke Sana
Bimbang Langkah Ku Terhenti
Ku Terpaut Dipersimpangan
Tak Inginku Mengingati
Detik Hitam Semalam
Tinggallah Semua
Menjadi Kenangan

Keranamu Kan Ku Gagahi
Untuk Terus Sisa Hidup Ini
Biar Ku Tebus Segala Dosa
Selagi Jasad Bernyawa

Leraikanlah Rasa Hatiku
Padaku Hanya Engkau Yg Satu
Belum Pernah Ku Terasa
Hebatnya CintaMu

Sesungguhnya Engkau Mengerti
Apa Tersirat Di Dalam Diri
Ku Mohon Rasa Kasih Yang Abadi

Jujur Ikhlaskah Diri Ini
Menyintai Mu Sepenuh Hati
Ataukah Sekadar Bila Diuji
Rahmat Dan Kasihmu Tiada Sempadan
Biarpun Jiwa Dalam Kelalaian
Dihasut Dengan Pelbagai Godaan
(rintihanku - assaufee)

Dalam kehidupan ini, diri ini cumalah seorang tetamu senja yang berkelana bersendirian membelah belantara. Senja..yang terlalu pendek dan terlalu singkat harus kuredahi di belantara yang mana diperutnya dipenuhi pelbagai ranjau dan duri..
Namun kadangkala diriku terleka dengan keindahan senja.. belum puas aku menikmati langit jingga berhias camar berterbangan, kelam malam mula berarak menutupi sang langit..untuk mengingatkan diriku bahawa malam ingin melabuhkan tirainya..malangnya aku terlalu asyik sehinggakan tidak menyedari bahawa diri ini telah tenggelam dalam kelam malam..lantas teraba-raba mencari arah demi secebis cahaya..
Rimas aku dalam kesesatan lantas aku bangun ingin meredah sang belantara..menempuh segala onak dan ranjau yang terhidang dan sering membuatkan diriku terluka..saat tersungkur aku terus terduduk..sejenak merenung perjalanan yang entah bila tiba dipenghujungnya..aku takut..takut sekiranya aku tiba ke penghujung sebelum sempat kutemui cahaya…namun aku tidak akan berputus asa..kembaraku ini akan aku teruskan selagi ada hayatku.. walau tercalar walau terluka akan ku gagahi jua..demi menuju-Mu..
Ya Allah..Kau permudahkan perjalananku menuju-Mu..sesungguhnya aku redha dengan setiap liku yang ku tempuh kerana ku yakin di penghujung-Nya ada sinar kasih-Mu yang menanti…

No comments: