KEMARAHAN, KESEDIHAN DAN KEGEMBIRAAN
- Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan bahagia.
- Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya.
- Apabila kamu bercakap, percakapan kamu adalah patut diluahkanjika ia difikirkan lebih bernilai daripada tidak bercakap langsung.
- Cerek yang kecil adalah lebih mudah panas. Orang yang berhati kecil mudah berasa marah.
- Orang yang tidak dapat mengawal emosi sendiri adalah orang yang tidak dianggap merdeka.
- Manusia selalu mengharapkan kegembiraan daripada orang lain, tetapi jarang memberi kegembiraan kepada orang lain secara sukarela.
- Kesedihan dan kegembiran adalah di tangan sendiri dan bukannya di tangan orang lain.
- Kemarahan biasanya bermula daripada fikiran yang tidak bijak dan diakhiri dengan kekesalan.
- Kesedihan yang dialami akan menjadi pudar selepas suatu jangkamasa berlalu.