j0m klik2

Monday 31 October 2011

- mutiara kata - :)

KEMARAHAN, KESEDIHAN DAN KEGEMBIRAAN 
  1. Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan bahagia.
  2. Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya.
  3. Apabila kamu bercakap, percakapan kamu adalah patut diluahkanjika ia difikirkan lebih bernilai daripada tidak bercakap langsung.
  4. Cerek yang kecil adalah lebih mudah panas. Orang yang berhati kecil mudah berasa marah.
  5. Orang yang tidak dapat mengawal emosi sendiri adalah orang yang tidak dianggap merdeka.
  6. Manusia selalu mengharapkan kegembiraan daripada orang lain, tetapi jarang memberi kegembiraan kepada orang lain secara sukarela.
  7. Kesedihan dan kegembiran adalah di tangan sendiri dan bukannya di tangan orang lain.
  8. Kemarahan biasanya bermula daripada fikiran yang tidak bijak dan diakhiri dengan kekesalan.
  9. Kesedihan yang dialami akan menjadi pudar selepas suatu jangkamasa berlalu.


2 comments:

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

marah.. sedih.. gembira.. sumenya rencah kehidupan. t'pulang pd kita macam mane nak m'hadapinya. yg penting, cekalkan hati, kuatkan iman. insyaallah..

kakak misai said...

betul sgt2 :)